Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM bawa 2 bayi sakit jantung dari Sabah perlukan rawatan di IJN

TUDM bawa 2 bayi sakit jantung dari Sabah perlukan rawatan di IJN

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan satu penerbangan ihsan membawa 2 orang bayi yang memerlukan pembedahan segera, semalam.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua bayi terbabit telah diterbangkan dari Kota Kinabalu petang semalam dan tiba ke Pangkalan Udara Subang kira-kira 2 jam 30 minit kemudian.

Menurutnya, mereka memerlukan rawatan segera di Insititut Jantung Negara (IJN).

“Bayi pertama, Andreus Steve Hendru berusia 1 bulan mengalami masalah jantung dan buah pinggang,

“Manakala bayi kedua, Fadhli Arman Iman Hamizan berusia 2 bulan mengalami masalah jantung dan saluran kencing,

“Kedua-dua bayi tersebut sebelum ini telah menerima rawatan daripada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah,” kata TUDM.

Menurutnya, misi penerbangan ini melibatkan pesawat angkut A400M dari No 22 Skuadron.

“Pesawat telah diterbangkan oleh Mejar Khairul Ikhmal Ishak TUDM dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Mohd Amir Shahrin TUDM,

“Mereka turut dibantu oleh 4 orang lagi anak kapal,” ujarnya.

Kesemua bayi terbabit diiringi oleh ibu mereka, pegawai perubatan dan jururawat.

Menurut TUDM, misi ini dilaksanakan operasi membawa pasukan dan peralatan perubatan ke Tawau dan Kota Kinabalu.

Pesawat terbabit turut membawa pulang sampel ujian dari kedua-dua lokasi dan Labuan untuk diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di Subang. – airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!