Home Pertahanan dan Keselamatan PPM Labuan gagalkan cubaan seludup minuman keras bawah timbunan tepung

PPM Labuan gagalkan cubaan seludup minuman keras bawah timbunan tepung

by Air Times News Network

LABUAN, 25 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan sebuah lori 10 tan dipercayai menyembunyikan muatan minuman keras belum bercukai dibawah timbunan tepung gandum sebanyak 350 karton di Pekan Menumbok, petang kelmarin.

Pemangku Pegawai Pemerintah, Inspektor Shafiq Rezza berkata, PPM Labuan bertindak atas maklumat telah menjalankan Op Terancang (Op Benteng COVID-19) dan menahan pemandu lori berusia 38 tahun warga tempatan disyaki cuba menyeludup minuman keras belum bercukai ke tanah besar.

“Lori terbabit dipercayai bergerak dari Labuan ke Menumbok dengan menaiki feri kenderaan,

“Selain itu, semasa pemeriksaan ke atas lori tersebut mendapati minuman keras yang cuba diseludup keluar berjenama Royal Stout dan Guinness Stout dengan cara menyembunyikan bersama muatan tepung gandum dalam kargo lori tersebut,” katanya menerusi hantaran media sosial rasmi PPM.

Menurut Shafiq, jumlah keseluruhan nilai rampasan minuman keras termasuk sebuah lori dianggarkan melebihi RM350,000.00 termasuk cukai.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes akan disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!