Home Semasa PKPD di 8 taman perumahan Mukim Sungai Seluang

PKPD di 8 taman perumahan Mukim Sungai Seluang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman-taman Perumahan, Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah selama 14 hari bermula 27 November sehingga 10 Disember 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini akan melibatkan sebanyak 1,412 buah rumah dengan anggaran jumlah 6,000 orang penduduk.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 197 ujian saringan secara bersasar dan sebanyak 50 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan lokaliti-lokaliti ini.

“PKPD ini melibatkan Taman Bayam, Taman Bayam Indan, Taman Kangkong 1 dan 2, Taman Halia, serta Taman Cekur Manis,

“Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau turut dikenakan PKPD,” katanya dalam sidang media khas perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, hari ini.

Ismail sabri menjelaskan, prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti SOP yang dilaksanakan sebelum ini.

Tambahnya, sepanjang pelaksanaan PKPD di kawasan ini, KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada penduduk yang terlibat.

“Bekalan makanan akan diagihkan dan dikoordinasi oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri,

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!