Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup pemandu, 24 PATI ingin pulang ke Indonesia

Tentera Darat cekup pemandu, 24 PATI ingin pulang ke Indonesia

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 24 Nov – Seorang pemandu berstatus Pemastautin Tetap (PR) bersama 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan Serudung, Tawau, Sabah.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan tersebut dilakukan dalam 3 serbuan yang berasingan di kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) pada Ahad lalu.

Tangkapan pertama melibatkan seorang pemandu berstatus PR dan merupakan mandor di sebuah kilang, ditahan bersama 6 orang PATI yang hendak balik ke Indonesia.

Lori yang digunakan untuk membawa 16 PATI warga Indonesia melalui jalan tikus. Foto: TDM

“Bagi tangkapan kedua pula, pasukan telah berjaya menahan 16 PATI menaiki sebuah lori yang tiada nombor pendaftaran melalui jalan yang sama untuk pulang ke kampung,

“Manakala, tangkapan ketiga selang 15 minit dari tangkapan kedua, melibatkan 2 orang PATI yang menaiki sebuah motosikal melalui lokasi anggota pasukan dan PATI tersebut telah ditangkap,”katanya.

Hasil siasatan, kesemua PATI tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah dan bekerja di kawasan berhampiran. Nilai kesemua tangkapan dan barang rampasan dianggarkan mencecah hampir RM 39,820.00.

“Antara barang-barang yang dibawa ialah pakaian dan barangan peribadi, 50kg gula, sebuah motorsikal dan 2 buah lori,

“Kesemua PATI dan seorang PR beserta barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk siasatan lanjut,” tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!