Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Penawar: Tentera Darat pasang kawat duri kawal pergerakan penduduk Kudat

Op Penawar: Tentera Darat pasang kawat duri kawal pergerakan penduduk Kudat

by Nurulhuda

KUDAT, 20 Nov – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui formasi Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah dengan memasang kawat duri di Kampung Landung Ayang dan 6 lokasi Tanjong Kapor serta Kampung Pengaraban, Kudat.

Pemasangan tersebut adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dilaksanakan pada 13 sehingga 26 November ini.

Anggota dari Rejimen 507 AW, 3 RAMD dan Polis IPD Kudat telah memasang concertina wire di Kampung Landung Ayang, Kudat. Foto: MK 5 Div

TDM dalam hantaran di laman sosialnya berkata, pemasangan concertina wire itu telah dilakukan oleh anggota dari Rejimen 507 Askar Wataniah (AW), Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) dan Polis IPD Kudat.

“Pemasangan yang diketuai oleh Mej Ibrahim Ramli dari Rej 507 AW telah bermula pada 18 Nov lalu.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertanggungjawab membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,

“Pemantauan berkala oleh pihak IPD Kudat dan Rej 507 AW ini akan berterusan sehingga 26 Nov 2020,” tambahnya.

ATM bertanggungjawab membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam melaksanakan kawalan ke atas kawasan tersebut bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. Foto: MK 5 Div

PKPD di 3 lokaliti di Kudat iaitu di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Landung Ayang diteruskan bermula 13 hingga 26 November depan ekoran peningkatan kes positif di kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam tempoh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah melakukan 14,096 ujian saringan dan didapati masih terdapat banyak kes aktif di kawasan itu.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!