Home Semasa 35 PATI, 1 penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng semalam

35 PATI, 1 penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri semalam, berjaya menahan seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang penyeludup.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut berjaya merampas 9 kenderaan darat.

“Sebanyak 274 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilaksanakan semalam melibatkan PDRM sebanyak (54) ATM (210) dan AKSEM (10),

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 289 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan PKPP, semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 277 individu telah dikompaun, 11 lagi direman dan 1 dijamin,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (108); premis gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (51); gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (59); rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (38) dan lain-lain (33),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!