Home Pertahanan dan Keselamatan AP Kota Samarahan gesa kerajaan tambah anggota tentera di sempadan negara

AP Kota Samarahan gesa kerajaan tambah anggota tentera di sempadan negara

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=cIq1YHFoSv8[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Kementerian Pertahanan disarankan agar menambah bilangan anggota tentera yang bertugas menjaga persempadanan Malaysia – Indonesia bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang turut mencadangkan agar kementerian tersebut menambah bilangan pos kawalan sekurang-kurangnya sebanyak 25 pos atau mewujudkan satu pos bagi setiap 40 kilometer sempadan.

“Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai persempadanan yang begitu panjang bersama dengan Kalimantan Barat iaitu 1,881 kilometer dan kini hanya terdapat 11 pos kawalan di sepanjang garis sempadan itu,

“Oleh itu bagi memastikan keselamatan negara dan juga mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara, saya mencadangkan agar kementerian (Pertahanan) menambah pos-pos kawalan ini daripada 11 pos ke 25 pos kawalan,

“Dan menambah anggota-anggota yang berkhidmat dikawasan berkenaan,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan terus memperkukuh kawalan sempadan di Sabah dan Sarawak, serta di utara Semenanjung bagi mengekang kemasukan PATI dan ancaman luar.

Beliau berkata, kem tentera akan dibina di Lahad Datu, Sabah, selain projek sambungan kem tentera dan pembinaan tambahan 19 pos tentera di sempadan.

“Bagi pembinaan kem di Lahad Datu, ia sudah pun diluluskan pada peringkat jawatankuasa tender Kementerian Pertahanan dan sebaik saja mendapat kelulusan Kementerian Kewangan, kita akan terus bina,

“Memang ada dalam belanjawan kita untuk pembinaan kem iaitu lapan kesemuanya, termasuk satu kem baharu dan tujuh kem sedang dibina. Selain itu, kita juga bercadang untuk mewujudkan 19 lagi pos tentera, tambahan kepada 15 pos tentera sedia ada,” katanya pada program Buat Bicara di Bernama TV, Sabtu lalu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!