Home Semasa Belanjawan 2021: Kenyataan Menteri Kewangan hambar, berbau ugutan – Anwar

Belanjawan 2021: Kenyataan Menteri Kewangan hambar, berbau ugutan – Anwar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Belanjawan 2021 sebagai hambar dan berbau ugutan.

Anwar berkata, kenyataan Tengku Zafrul itu turut berniat untuk mengenepikan suara majoriti Ahli Parlimen.

“Menteri Kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi COVID-19,

“Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti Ahli Parlimen,

“Saya yakin bahawa kita mampu mengemukakan belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sokongan PH untuk Belanjawan 2021 tertakluk kepada persetujuan kerajaan meneliti semula belanjawan tersebut selaras dengan keperluan menangani pandemik COVID-19.

“Sepertimana yang di bahaskan ketika di Parlimen tempoh hari, soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan utamanya perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan,
“Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi COVID-19,” ujarnya.

Semalam, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19 sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.

“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat).

“Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya.–airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!