Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 5 individu termasuk remaja perempuan ditahan cuba seludup keluar barang ke Indonesia

5 individu termasuk remaja perempuan ditahan cuba seludup keluar barang ke Indonesia

by Nurulhuda

SARAWAK, 15 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan 3 orang warga Indonesia, 2 rakyat tempatan termasuk seorang remaja perempuan dalam cubaan menyeludup keluar barangan melalui lorong tikus di sempadan Sarawak dan Kalimantan, semalam.

Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan berkata, kelima-lima mereka ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan tersebut pada jam 7.50 malam.

“2 buah kenderaan jenis pacuan 4 roda dari Malaysia ke arah sempadan Indonesia ditahan di Pondok John, kira-kira 400 meter dari Sempadan Malaysia-Indonesia,

“Setelah ditahan dan hasil pemeriksaan terdapat 3 orang warga Indonesia serta 2 orang warga tempatan termasuk seorang remaja perempuan terlibat dalam cubaan menyeludup keluar barangan ke Indonesia melalui laluan tidak sah,

“Mereka membawa 15 bungkus kayu gaharu bernilai RM 400,000.00, 573 botol minuman keras, 14 tong gas masak, 96 papan telur ayam dan 143 pek serbuk milo dijumpai,

“Turut dirampas wang tunai Malaysia, wang tunai Indonesia Rupiah dan 5 telefon bimbit serta alat pertukangan kayu gaharu,

“2 buah kenderaan pacuan 4 Roda jenama Mitsubishi dan Toyota Hilux turut dirampas,” menurut kenyataan itu.

Nilai keseluruhan barangan yang dirampas dianggarkan RM 492,771.907.

Dalam kejadian berasingan, 5 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan sekitar jam 5.15 petang oleh sepasukan anggota yang sedang melaksanakan rondaan keselamatan Op Benteng sempadan di sektor Tebedu, di Serian.

Lima PATI ditahan cuba pulang ke Indonesia guna jalan tikus. Foto: TDM

“Kelima-lima PATI tersebut dilihat sedang menunggu seseorang untuk mengambil mereka. Setelah disoal siasat, kesemua PATI tersebut bekerja di Bintulu dan hendak balik ke Indonesia dengan menggunakan lorong tikus Sempadan Malaysia-Indonesia,” tambahnya.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Lubuk Antu dan Balai Polis Tebedu untuk tindakan selanjutnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!