KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman memohon maaf dan sedia disiasat pihak berkuasa sekiranya melanggar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Young Syefura yang juga dikenali sebagai Rara memohon maaf susulan kecaman natizen yang menuduh beliau telah melanggar SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di Selangor.
Rara menerusi ciapan twitternya berkata beliau tidak menggunakan kelebihan sebagai ADUN untuk merentas negeri.
“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP COVID-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin,
“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19.Terima kasih,” katanya.
Terdahulu, Rara telah memuat naik gambar di Instagram yang memperlihatkan dirinya bersama empat individu lain berkelah di tepi pantai yang dipercayai di Avani Sepang Resort di Sungai Pelek, Selangor.
Di dalam gambar tersebut, mereka kelihatan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.
Walau bagaimanapun, kapsyen gambar tersebut yang ditulis thirty-one itu telah dipadamkan dari Instagram miliknya.
Permohonan maaf beliau yang dimuat naik melalui ciapan di media sosial turut mendapat kecaman netizen.
Pengguna @syafuz_ dalam balasannya memberi komen “Mohon maaf pastu selesai masalah? Esok2 dia langgar SOP lagi dia mintak maaf lagi. Begitulah kitaran hidup seorang ahli politik di malaysia”
Manakala @IntanSawal turut memberi komen “Paling best bila yb lain buat, kemain YB Syefura ni hentam sampai suruh letak jawatan. Hahaha. Adoi. 2 kali 5 je”
Selain itu pengguna @kinderjaii turut berkata “time kena batang hidung sendiri pandai pun nak minta maaf ! Haritu kemain suruh orang letak jawatan bila orang minta maaf . Apolah” – airtimes.my
1 comment
[…] ADUN DAP mohon maaf langgar SOP COVID-19 – Air Times News … ADUN DAP mohon maaf langgar SOP COVID-19 written by M.Faizie 10 November 2020 KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman memohon maaf dan sedia disiasat pihak berkuasa sekiranya melanggar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). […]