LUMUT, 9 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak telah mengusir 3 bot nelayan Indonesia bersama 17 kru yang menceroboh perairan negara di Pulau Jarak, dekat sini.
Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, 2 bot berkenaan telah dikesan oleh Kapal Maritim (KM) Tungau yang sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan Operasi Benteng (Op Benteng)
Menurutnya lagi, bot pertama bersama 5 kru warga Indonesia termasuk tekong telah diusir oleh KM Tungau dikedudukan 22.88 batu nautika barat laut Pulau Jarak pada 5 Nov lalu.
“Pada 7 Nov, KM Tungau mengusir sebuah bot nelayan warga Indonesia bersama 6 kru warga Indonesia termasuk tekong pada kedudukan 24.7 batu nautika barat laut Pulau Jarak,
“Kemudian selang beberapa jam, bot yang ketiga telah diusir di kedudukan 24.7 batu nautika di lokasi yang sama bersama 6 kru warga Indonesia termasuk tekong, katanya dalam satu kenyataan di laman rasminya.
“Maklumat pengesanan bot kedua nelayan Indonesia telah diterima melalui Maritime Component Operation Centre (MCOC), Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dan pesawat udara PDRM semasa rondaan dan pemantauan udara Op Benteng di perairan Selat Melaka” jelas Shahrizan.
Kesemua bot nelayan yang diusir adalah secara membayangi sehingga ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia
“4 pengusiran telah dilakukan dalam tempoh sepuluh hari yang melibatkan penceroboh bot nelayan Indonesia yang pertama berlaku pada 31 Okt lepas, katanya.
Menurut Shahrizan, pengusiran terhadap nelayan asing ini merupakan tindakan semasa dalam mencegah dan mengekang penularan COVID-19 khususnya melalui kes import yang dibawa oleh warga asing.
APMM akan terus mempertingkatkan pemantauan sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng Laut dalam mengekang kemasukan PATI dan jenayah rentas sempadan.-airtimes.my