Home Pertahanan dan Keselamatan 31,282 PATI telah diusir ke negara asal – Ismail Sabri

31,282 PATI telah diusir ke negara asal – Ismail Sabri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah mengusir 31,282 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal masing-masing sehingga 5 November lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, PATI warga Indonesia adalah paling ramai yang sudah diusir kembali ke negara mereka.

“Jumlah paling ramai ialah PATI Indonesia seramai 14,072 orang, diikuti Bangladesh (4,551), Myanmar (2,898), Thailand (2,200), India (2,189), China (1,856), Pakistan (1,230), Vietnam (647), Nepal (397), Filipina (298), lain-lain (944),

“Jadi bermakna pengusiran masih terus dilakukan oleh JIM ini,

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai PATI boleh menghubungi talian 011-62511223 untuk tindakan segera dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam sidang media khas harian mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut menjelaskan, sebanyak 22 PATI telah berjaya ditahan dan 3 kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng (Op Benteng), semalam.

“Sebanyak 294 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilaksanakan semalam melibatkan PDRM sebanyak (154), ATM (131) dan AKSEM (9),” tambahnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!