LANGKAWI, 6 Nov – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengesan sebuah bot nelayan Indonesia yang hanyut ke dalam perairan negara, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi tadi, kapal TLDM, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH telah mengesan bot tersebut ketika melakukan rondaan di kawasan 10 batu nautika di sempadan perairan negara.
Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit mengalami kerosakan di bahagian enjin dan dikendalikan oleh 4 orang rakyat Indonesia.
Bot malang tersebut telah berada dalam perairan Malaysia sejak semalam.
KD Laksamana Tan Pusmah telah mengawasi bot tersebut sehingga ia selesai dibaiki sebelum diiring keluar dari sempadan Zon Eksklusif Ekonomi Malaysia.
TLDM bukan sahaja melaksanakan OP BENTENG malah turut melaksanakan OP PEJARAK demi menjaga perairan dan kedaulatan negara.- airtimes.my