Home Semasa 3 kawasan di Sabah dikenakan PKPD mulai esok

3 kawasan di Sabah dikenakan PKPD mulai esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 3 lokasi baharu di Sabah ekoran peningkatan kes positif wabak pandemik COVID-19 di negeri itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dilaksanakan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira Sandakan berkuatkuasa esok sehingga 19 November.

“Sehingga 4 November 2020, saringan Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 440 kes positif COVID-19 melibatkan tahanan dan juga staf di Pusat Tahanan Sementara Tawau ini,

“PKPD PTS Tawau ini akan melibatkan 1,707 individu yang terdiri daripada 1,603 tahanan dan 104 kakitangan,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Bagi PKPD di Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira pula, ia akan melibatkan seramai 1,605 individu yang merangkumi 1,308 orang tahanan dan 297 orang kakitangan.

“Pelaksanaan PKPD ini adalah bagi membolehkan KKM terus melaksanakan saringan secara bersasar kepada tahanan dan kakitangan di pusat tahanan sementara dan penjara ini,

“SOP PKPD ini adalah sama seperti SOP PKPD penjara atau pusat tahanan yang telah diumumkan sebelum ini termasuk larangan keluar masuk daripada kawasan ini dan lawatan oleh ahli keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!