Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 20 RAMD, 7 RS diaturgerak ke sempadan Sarawak-Kalimantan kekang pencerobohan PATI

20 RAMD, 7 RS diaturgerak ke sempadan Sarawak-Kalimantan kekang pencerobohan PATI

by Air Times News Network

KUCHING, 5 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengaturgerak 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) dan 7 Rejimen Sempadan (7 RS) ke Sarawak untuk mengekang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) di persempadanan Malaysia dan Indonesia.

Kementerian Pertahanan dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, Op Benteng terus diperkasakan dengan Op Jagakawan bagi mengekang pencerobohan oleh PATI, sekaligus membendung penularan pandemik COVID-19 khususnya di Sarawak.

“Kesemua anggota telah dihantar ke lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti di Sarawak di dalam operasi menjaga persempadan negara di antara Malaysia dan Indonesia, melalui misi penghantaran oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Selasa lalu,

“Op Jagakawan adalah misi sedia ada yang dioperasikan oleh TDM dan melalui kawalan persempadanan daratan Sarawak- Kalimantan,” katanya.

Pada Selasa, TUDM dalam hantaran di laman sosialnya berkata, telah mengaturgerak sebuah pesawat pengangkut jenis CN235-220M dari No 1 Skuadron, Pangkalan Udara Kuching bagi menghantar anggota Op Jagakawan ini ke lokasi-lokasi yang dikenalpasti.

Operasi penghantaran telah dikendalikan oleh anak kapal mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika melaksanakan penerbangan sebagai langkah pencegahan bagi penularan pandemik COVID-19 dengan pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup muka, disinfeksi ke atas bagasi dan peralatan malah kesemua anak kapal dilengkapi dengan Peralatan Perlindungan Diri (PPE).

Penerbangan tersebut telah dikendalikan oleh Mejar Azhar TUDM, Mejar Adi TUDM, Mejar Tifaz TUDM selaku juruterbang dan Leftenan Nazirul TUDM serta Leftenan Syamsiah TUDM selaku pembantu juruterbang. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!