Home SemasaGlobal Jepun-AS anjur latihan ketenteraan bendung kekuatan China

Jepun-AS anjur latihan ketenteraan bendung kekuatan China

by Air Times News Network

TOKYO – Tentera Jepun dan Amerika Syarikat mengadakan latihan udara, laut dan darat di sekitar wilayah Jepun pada Isnin lalu.

Latihan Keen Sword diadakan bagi memperlihatkan kekuatan kepada China yang telah meningkatkan aktiviti ketenteraan mereka di wilayah tersebut.

Memetik laporan Reuters, Keen Sword adalah latihan besar sejak pertama kali Yoshihide Suga menjadi Perdana Menteri Jepun bulan lalu.

Suga telah berjanji akan terus memberi tumpuan kepada ketumpukan ketenteraan bagi tujuan menentang China yang menuntut pulau-pulau yang dikuasai Jepun di Laut China Timur.

Keen Sword merupakan latihan dwi-tahunan yang melibatkan kapal perang, pesawat dan 46,000 anggota tentera dari Jepun dan AS.

Pada tahun ini, latihan Keen Sword bermula pada 26 Okt sehingga 5 November 2020 buat kali pertama akan merangkumi aspek peperangan siber dan elektronik.

Jepun semakin bimbang dengan peningkatan aktiviti dari tentera laut China di sekitar pulau-pulau menjadi pertikaian di Laut China Selatan yang didakwa oleh Tokyo sebagai Senkaku manakala Diaoyu pula didakwa Beijing. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!