Semporna – Penduduk Kampung Pulau Larapan, Semporna tidak memberikan kerjasama apabila petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang untuk melakukan ujian saringan COVID-19.
Seramai 50 individu yang telah berjaya diperiksa dalam saringan dijalankan. Menurut ESSCOM ianya bilangan jumlah yang kecil berbanding jumlah keseluruhan penduduk seramai 1986 orang.
Antara isu yang timbul dikalangan penduduk, mereka beranggapan mereka sihat dan tidak perlu melalui proses saringan Swab Test. Terdapat juga penduduk yang bimbang akan dikuarantin selepas melalui ujian saringan.
Pihak KKM bimbang akan penularan wabak ini sekiranya penduduk tidak memberikan kerjasama untuk melakukan ujian saringan.
Para petugas KKM seramai 41 orang ini telah diiringi dengan 10 anggota Pasukan Polis Marin(PPM) dan 5 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). – airtimes.my