Home Semasa Usaha Polis Marin bantu penduduk Semporna hadapi PKPD dihargai

Usaha Polis Marin bantu penduduk Semporna hadapi PKPD dihargai

by Nor Azlan Mohd Nor

Tawau – Usaha Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat, membantu penduduk kampung Semporna yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mendapat penghargaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Hazani Ghazali menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis PPM Wilayah Empat di Pangkalan Markas Operasi, semalam.

Selain itu, beliau turut menyampaikan peralatan perlindungan COVID-19 kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau dan juga wakil KPD Semporna.

Hazani mengingatkan warga kerja PPM agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dalam menjalankan tugas pencegahan penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja rasmi ke Tawau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!