985
MANILA, 24 Okt – Sebuah hospital kerajaan di ibu negara Filipina terpaksa digantung operasi berikutan penularan wabak COVID-19 dikalangan kakitangan petugas kesihatannya.
Hospital Memorial Dr Jose Fabella terpaksa ditutup selama 4 hari selepas 7 orang doktor telah disahkan menghidap jangkitan membawa maut itu.
Media Filipina melaporkan, tempoh masa penutupan hospital tersebut turut bergantung kepada ujian saringan di kalangan petugas.
Penularan wabak di hospital itu dikesan pada Jumaat lalau selepas 4 orang doktor disahkan dijangkiti COVID-19. – airtimes.my