Home PolitikBarisan Nasional Wanita UMNO bertegas ‘no DAP’, terus kukuh Muafakat Nasional

Wanita UMNO bertegas ‘no DAP’, terus kukuh Muafakat Nasional

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia komited dan teguh dengan keputusan parti untuk tidak mengadakan kerjasama politik dengan DAP.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pendirian itu tegas senada dengan keputusan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah mempersetujui agar ‘no DAP’ dan tidak ada berkerjasama dengan sesiapa yang ada hubungan dengan DAP.

Menurut beliau, Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti itu akan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Wanita UMNO juga yakin dan percaya dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam membawa hala tuju parti demi kepentingan rakyat sesuai dengan status parti keramat di negara ini,

“Justeru, Wanita UMNO berharap semua ahli parti khususnya Wanita UMNO supaya tenang dan tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan keharmonian di dalam parti,

“Jadi, marilah kita terus mengukuhkan benteng parti bagi memastikan tiada lubang yang boleh ditembusi pihak lawan yang mahu melihat parti keramat ini tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO konsisten dengan keputusan terdahulu tidak membentuk sebarang kerjasama politik dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply