Home SemasaGlobal Armada perang Amerika Syarikat muncul kembali di Laut China Selatan

Armada perang Amerika Syarikat muncul kembali di Laut China Selatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) mengesahkan kehadiran armada kapal induk mereka di perairan Laut China Selatan.

Menurut kenyataan US Navy, Ronald Reagan Carrier Strike Group kini berada di perairan itu untuk kali ketiga pada tahun ini.

“Armada ini melaksanakan operasi keselamatan maritim yang merangkumi operasi penerbangan, latihan serangan maritim serta latihan bersama antara elemen udara dan permukaan,

“Kehadiran Ronald Reagan Carrier Strike Group merupakan simbol komitmen Amerka Syarikat dalam menjaga keamanan sejagat termasuk melindungi negara rakan serta sekutu serantau,” kata US Navy.

Jet pejuang F/A-18E dari Strike Fighter Squadron 27 (VFA-27) merupakan antara elemen udara kapal induk USS Ronald Reagan. Foto: US Navy/ Mass Communication Specialist 2nd Class Codie L. Soule

Menurut kenyataan itu, kehadiran armada itu telah membantu pasukan sahabat dan sekutu dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi peperangan di laut.

Armada ini juga telah melaksanakan operasi di Lautan Hindi, Selat Melaka dan pelbagai latihan bersama di rantau Pasifik.

Kehadiran Ronald Reagan Carrier Strike Group kali ini merangkumi kapal induk USS Ronald Reagan, USS Antietam, USS Halsey dan USS John S. McCain. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!