Home Pertahanan dan Keselamatan Tak sampai sejam mendarat, 9 PATI kena cekup tentera

Tak sampai sejam mendarat, 9 PATI kena cekup tentera

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 17 Okt – Niat 9 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk masuk ke negara ini secara haram tidak kesampaian apabila mereka ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di sekitar kawasan Tanjung Lompat, Desaru, Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan itu dibuat oleh pasukan  Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) selepas menerima maklumat daripada anggota petugas Pos Pemerhati yang mengesan kehadiran sebuah bot kecil dan menurunkan PATI pada jam 4 pagi.

“Hasil penjejakkan dan serbuan, sekitar jam 4.45 pagi Tim Quick Reaction (QRF) telah berjaya menahan 9 PATI warga Indonesia terdiri daripada 3 lelaki dan 6 wanita berusia sekitar 21 hingga 43 tahun sedang bersembunyi di hutan berhampiran pesisir pantai tersebut dipercayai baru tiba ke negara ini melalui laluan yang tidak sah,

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,”katanya

Selain itu, anggota 1 KAD juga merampas wang tunai, telefon bimbit serta barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM17,956.67.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!