Home Pertahanan dan Keselamatan 7,712 PATI, 770 tekong, penyeludup ditahan sejak Mei 2020

7,712 PATI, 770 tekong, penyeludup ditahan sejak Mei 2020

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR – Seramai 7,712 pendatang asing tanpa izin (PATI), 775 tekong serta 316 penyeludup ditahan menerusi Operasi Benteng (OP Benteng) sejak 1 Mei lepas hingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa juga menahan 809 bot atau kapal, 730 kenderaan kenderaan darat dan 1,801 lain-lain kenderaan yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan negara.

“National Task Force (NTF) melalui OP Benteng semalam, telah berjaya menahan 37 PATI, 3 tekong serta merampas 6 kenderaan darat,

“Semalam juga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 279 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng di seluruh negara melibatkan SJR oleh PDRM sebanyak 210 SJR, ATM (59 SJR) dan AKSEM (10 SJR),” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung dalam laman sosial Kementerian Pertahanan, hari ini.

Beliau berkata, Op Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI adalah bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beberapa stategi termasuk mengenakan arahan Perintah Kaawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerkan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), telah berjaya mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19 di dalam negara.

Ismail Sabri juga mengesahkan, seramai 481 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan PKPP, dan daripada jumlah itu, 470 individu dikompaun, 10 direman dan seorang telah dijamin.

Antara kesalahan ingkar PKP ialah aktiviti melibatkan orang ramai yang tidak memakai pelitup muka, tida penjarakan sosial, gagal menyediakan peralatan dan lain-lain kesalahan.

Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM juga telah membuat 54,398 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKPP melibatkan 3,116 pasukan pematuhan yang terdiri daripada 13,271 anggota.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!