Home Semasa COVID-19: 6 kluster baharu, 658 penularan tempatan direkodkan

COVID-19: 6 kluster baharu, 658 penularan tempatan direkodkan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 13 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan negara telah mencatatkan kes pulih tertinggi semenjak wabak COVID-19 melanda.

“Seramai 330 pesakit telah disahkan pulih pada hari ini,” katanya semasa Sidang Media Harian COVID-19.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seramai 660 pesakit baharu dikesan.

“Sebanyak 2 kes import dan 658 kes penularan tempatan direkodkan. Kes import melibatkan warganegara asing,” jelasnya.

Jumlah kes aktif pula telah meningkat kepada 5,345 orang.

Selain itu, terdapat 4 kes kematian direkodkan. Kesemua kes melibatkan pesakit di Sabah yang mempunyai latar belakang masalah kesihatan.

2 kes kematian melibatkan pesakit warga emas di Sandakan Semporna mencatatkan 1 kes kematian melibatkan seorang wanita berusia 36 tahun yang sedang menjalani rawatan penyakit Tuberculosis (TB).

“Kes kematian ke-163 melibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang yang kronik,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Noor Hisham turut mengesahkan terdapat pertambahan 6 kluster baharu iaitu 4 di Sabah, 1 Selangor dan Pulau Pinang.

Sehingga kini, seramai 16,880 orang telah disahkan menghidap wabak pandemik yang membawa maut itu. Jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah 11,372 kes dan bilangan kes kematian telah meningkat kepada 163. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!