Home Pertahanan dan Keselamatan 84 PATI, 3 tekong ditahan dalam Operasi Benteng semalam

84 PATI, 3 tekong ditahan dalam Operasi Benteng semalam

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 3 Okt – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan seramai 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 3 tekong ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng), semalam

“Operasi bersepadu yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) turut merampas 10 kenderaan darat.

“Sebanyak 136 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng juga dilaksanakan semalam melibatkan PDRM (109 SJR), ATM (17 SJR) dan AKSEM (10 SJR),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Semalam juga, pasukan Task Force Pematuhan yang dketuai PDRM turut menahan 407 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah itu, seramai 407 individu telah dikompaun, 37 direman dan 2 telah dijamin,

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!