Home Semasa 80 PATI ditahan dalam Operasi Benteng semalam

80 PATI ditahan dalam Operasi Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melakukan tangkapan yang melibatkan 80 pendatang asing tanpa izin (PATI), semalam.

Operasi bersepadu yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut merampas sebuah bot dan 1 kenderaan darat semasa tangkapan dibuat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penahan itu termasuklah tangkapan 23 PATI oleh Rejimen Pertama Kor Armor Diraja di sekitar kawasan hutan Pantai Pasir Logok, Felda Tenggaroh, Kota Tinggi.

Beliau mengesahkan, sebanyak 136 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng turut dilaksanakan semalam, yang melibatkan PDRM (109 SJR), AKSEM (10 SJR) dan ATM (17 SJR).

Sementara itu, bagi Task Force Operasi Pematuhan pula, PDRM telah menahan 674 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di mana 583 daripadanya telah dikompaun manakala 91 pula direman.

“Semalam, PDRM telah menahan 674 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 583 individu telah dikompaun manakala 91 direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam (325), tidak memakai pelitup muka (170), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (80), penajarakan fizikan (53) dan tangkapan PATI (22),

“Selain itu mereka yang ditahan adalah yang melibatkan kesalahan melanggar syarat PKPP (7), menyalahguna pas sosial (7), premis beroperasi lebih masa (4), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPDB (4) dan premis beroperasi tanpa lesen yang sah (2),”katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di laman sosial Kementerian Pertahanan, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, PDRM juga turut telah membuat 49,933 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosuder operasi standard (SOP) PKPP semalam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!