Home Semasa COVID-19: 354 kes baharu, 6 kematian di Sabah

COVID-19: 354 kes baharu, 6 kematian di Sabah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Sebanyak 6 kematian dan 354 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dengan menjadikan jumnlah kamulatif keseluruhan sebanyak 14,722 kes sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, kesemua kes kematian yang direkodkan adalah di Sabah.

“Kes kematian ke-147 melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun di Hospital Tawau. Pesakit mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan asma,

“Kes kematian ke-148 pula adalah melibatkan seorang lelaki berusia 68 tahun di Hospital Semporna, manakala kes-149 adalah libatkan seorang pesakit perempuan berusia 66 tahun di Hospital Queen Elizabeth. Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan batuk kering (PTB),

“Manakala bagi kes 150 pula melibatkan seorang wanita berusia 58 tahun di Hospital Tawau, jelasnya dalam sidang media khas COVID-19, hari ini.

Beliau menambah, kes kematian ke-151 adalah melibatkan seorang wanita yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Pesakit disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

“Kes kematian ke-152 pula, libatkan seorang lelaki di Hospital Queen Elizabeth yang mempunyai penyakit bengkak kelenjar prostat (BPH),”tambahnya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham menjelaskan 354 kes baharu yang dilaporkan, 2 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Manakala, daripada 352 kes penularan tempatan, 332 daripadanya adalah warganegara dan 20 warga asing.

“Sebanyak 188 kes telah pulih COVID-19 pada hari ini dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,707 kes,

“Sehingga kini, terdapat terdapat 68 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. –aitimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!