KUALA LUMPUR, 8 Okt – Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah menerima sokongan lebih daripada 129 Ahli Parlimen.
Sumber dalaman Pakatan Harapan yang dihubungi telah mengesahkan jumlah sokongan diterima oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu.
“Berdasarkan perbincangan akhir, Anwar Ibrahim telah mendapat sokongan padu sekurang-kurangnya 129 Ahli Parlimen,” kata sumber.
Namun begitu, beliau tidak mendedahkan butiran terperinci seperti siapa dan dari parti mana yang memberikan sokongan kepada Presiden Keadilan.
Anwar Ibrahim akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober ini. – airtimes.my