Home Semasa COVID-19: SOP baharu elak jangkitan di kalangan banduan

COVID-19: SOP baharu elak jangkitan di kalangan banduan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Saringan COVID-19 akan dilakukan terhadap semua banduan yang baharu sebelum mereka dimasukan ke dalam penjara bersama banduan lain bagi mengekang penularan wabak pandemik itu didalam penjara dan kawasan sekitar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, itu adalah beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu berkaitan pengurusan banduan di penjara yang telah dibentangkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara dalam sidang media khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini.

Beliau menjelaskan, banduan yang negatif akan dipindahkan ke Blok Penempatan Kekal pada hari ke-15 dan akan diasingkan selama 5 hari daripada bercampur dengan banduan lain.

“Manakala banduan yang bergejala semasa dalam tempoh kuarantin hendaklah dirujuk kepada hospital dan saringan kali ke-2 akan dilakukan pada hari ke-13,” katanya dalam sidang media di Facebook rasmi Kementerian Pertahanan, hari ini.

Ismail Sabri turut menerangkan, satu Jawatankuasa urusetia pengurusan krisis COVID-19 akan diwujudkan dan diaktifkan bagi menguruskan banduan di dalam penjara berkenaan.

“Pengoperasian Penjara Sementara diwujudkan bagi mengelakkan kesesakan,

“Pihak penjara juga akan mewujudkan base (pangkalan) bagi anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan berhampiran untuk merawat banduan yang tidak kritikal di Blok Penempatan,

“Pergerakan dalam penjara di hadkan serta lawatan dari ahli keluarga banduan dibatalkan serta merta,” tambahnya.

Manakala, bagi proses mengiringi banduan ke Mahkamah atau pemindahan pula, SOP yang ditetapkan adalah para petugas penjara harus memastikan penjarakan sosial di dalam kenderaan dilaksanakan.

“Pemeriksaan kesihatan ke atas pegawai pengiring dan banduan perlu dilakukan untuk mengesahkan fit to travelling dan bebas gejala COVID-19,

“Memastikan alat bantuan keselamatan dan kenderaan yang akan digunakan telah dinyahkuman,

“Peralatan bantuan lain termasuk sarung tangan, pelitup muka dan hand sanitizer perlu disediakan sepanjang masa,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!