Home PolitikPakatan Harapan Anwar menghadap Agong pada 13 Okt ini

Anwar menghadap Agong pada 13 Okt ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada 13 Oktober ini.

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini,

“Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya menghadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, InsyaAllah,

“Pada majlis menghadap tersebut, saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!