Home Semasa 36 kawasan terlibat dalam PKPB Mukim Klang

36 kawasan terlibat dalam PKPB Mukim Klang

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini menjelaskan sebanyak 36 kawasan terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Klang.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sebarang perkembangan kes COVID-19 di kawasan terbabit akan diteliti dari masa ke semasa.

“Menghadapi situasi gelombang ketiga COVID-19, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa kerjasama utuh antara industri, komuniti dan kerajaan amat perlu untuk kita memotong rangkaian jangkitan ataupun ‘flatten the curve’ virus ini,” katanya.

Berikut adalah senarai kawasan yang terlibat dalam PKPB Mukim Klang:

  1. Bandar Bukit Tinggi
  2. Kg Johan Setia
  3. Kg Bukit Naga
  4. Kg Perigi Nenas
  5. Kg Kuantan
  6. Kg Serdang
  7. Bandar Puteri
  8. Kg Sungai Kandis
  9. Taman Sri Andalas
  10. Lorong Sungai Udang
  11. Taman Suria
  12. Mutiara Bukit Raja
  13. Bandar Klang
  14. Pangsapuri Bukit Kuda
  15. Ken Jimbaran
  16. Pangsapuri Palm Garden
  17. Taman Andalas Permai
  18. Taman Desa Meru
  19. Taman Seri Lembayung
  20. Taman Gembira
  21. Kg Delek Kiri
  22. Taman Kim Batu Belah
  23. Kg Sungai Udang
  24. Taman Klang Perdana
  25. Taman Bayu Perdana
  26. Taman Klang Utama
  27. Taman Sentosa
  28. Taman Pendamar Indah
  29. Jalan Dato Dagang
  30. Taman Sejati
  31. Jalan Haji Tarmizi
  32. Taman Setia
  33. Jalan Kebun
  34. Taman Sri Muda
  35. Jalan Muhibbah
  36. Taman Tenaga Bakti

PKPB di Mukim Klang akan bermula pada tengah malam ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!