Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara A400M hantar kelengkapan perubatan perangi COVID-19 di Sabah

A400M hantar kelengkapan perubatan perangi COVID-19 di Sabah

by Air Times News Network

SUBANG, 7 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan misi menerbangkan barangan keperluan dan kelengkapan perubatan ke Sabah bagi menangani penularan wabak pandemik COVID-19, semalam.

TUDM menerusi kenyataan di laman facebook rasminya berkata, penerbangan tersebut menggunakan pesawat pengangkut A400M dari No 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang telah berlepas jam 7.00 pagi.

Pesawat A400M yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang membawa keperluan dan kelengkapan tersebut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Tawau.

“Pesawat ini telah diterbangkan oleh Mejar Mohd Arhamar Jaffar TUDM dan dibantu Kapten Syahmi Nazri TUDM selaku pembantu juruterbang bersama 5 anak kapal yang lengkap berpakaian Personal Protective Equipment (PPE) semasa melaksanakan tugas penerbangan,

“Penerbangan ini merupakan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyalurkan bantuan serta barangan perubatan dalam misi mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda negara kini,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!