Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kor Armor Diraja selamatkan mangsa banjir Kota Belud

Kor Armor Diraja selamatkan mangsa banjir Kota Belud

by M.Daim

KOTA BELUD, 5 Okt – Anggota Tentera Darat Malaysia dari Rejimen ke-5 Kor Armor Diraja (5KAD) hadir menghulurkan bantuan memindahkan mangsa banjir di Kota Belud, semalam.

Usaha menyelamat dilakukan setelah di kawasan Kampung Tempasuk yang melibatkan rumah anggota tentera.

“Anggota 5KAD telah bergegas ke Kampung Tempasuk seawal 11 pagi setelah mendapat arahan Pegawai Pemerintah untuk membantu anggota yang terlibat dengan bencana banjir,

“Antara bantuan yang diberikan adalah memindahkan barang dan keluarga anggota ke tempat selamat,” kata 5 KAD.

Menurutnya lagi, operasi bantuan itu turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah pasukan.

Menurut Jabatan Meteorologi, hujan lebat dijangka berterusan di kawasan pantai barat Sabah sehingga hari ini. – airtimes.my

Gambar galeri:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!