Home Semasa Henti sebar berita palsu guna nama Agong

Henti sebar berita palsu guna nama Agong

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Istana Negara tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama atau membabitkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan institusi itu dalam menyebarkan berita palsu sama ada untuk kepentingan politik atau peribadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tindakan lanjut di bawah Seksyen 211 dab 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menegaskan, tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Baginda dan Istana Negara, malah boleh menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat ketenteraman dalam negara.

“Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara memandang serius terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama atau membabitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan institusi Istana Negara untuk menyebar berita palsu sama ada bagi kepentingan politik atau peribadi,

“Istana Negara sentiasa memantau dan memandang serius terhadap kenyataan tidak benar oleh beberapa individu kepada media yang menggunakan nama dan menyebarkan foto-foto Yang di-Pertuan Agong serta Istana Negara melalui applikasi Whatapp,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa yang sama, Istana Negara menyarankan rakyat agar tidak mudah panik dan percaya dengan berita palsu yang tersebar.

“Istana Negara turut menyarankan supaya berita-berita palsu ini tidak dikongsi bersama untuk mengelakkan tindakan oleh pihak PDRM juga SKMM,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!