IPOH – Seramai 404 calon Perajurit Muda Udara (PjM U) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengangkat sumpah untuk menjalani latihan ketenteraan pada 2 Oktober lalu.
Upacara diadakan semasa Majlis Angkat Sumpah dan Serah Terima PjM U siri 63/20 di Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh Perak.
Kesemua calon PjM U yang terdiri daripada 316 lelaki dan 88 wanita akan memulakan proses dokumentasi serta latihan ketenteraan.
Latihan ketenteraan selama 6 bulan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh ATU.
Acara diteruskan dengan sesi menandatangani serah terima PjM U antara Mejar Mohd Yusri Hassan TUDM selaku Pegawai Staf 2 Bahagian Sumber Manusia TUDM dengan Ketua Jurulatih ATU, Leftenan Kolonel Noorisma Eza TUDM.
Turut menyaksikan upacara itu ialah Komandan ATU, Kolonel Baharudin Abu Hassan TUDM. – airtimes.my