Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-7: Selamat kembali wira negara ke tanah air

MALBATT 850-7: Selamat kembali wira negara ke tanah air

by Air Times News Network

SUBANG, 3 Okt – Selepas setahun menabur bakti di bumi Lubnan, kumpulan pertama pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) selamat kembali ke Malaysia, semalam.

Kepulangan kumpulan pertama MALBATT 850-7 seramai 215 pegawai dan anggota diketuai oleh Mejar Ahmad Basri Abdullah.

Ketibaan mereka telah disambut Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad TUDM di Pangkalan Udara Subang, semalam.

“Beliau mewakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM mengucapkan selamat kembali ke Malaysia serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-7 kerana telah berjaya melaksanakan tugas di Lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan cemerlang sejak 24 september 2019 lalu,

“Kepulangan MALBATT 850-7 telah mengangkat nama Malaysia terutamanya di persada antarabangsa dan akan tercatat sekali lagi dalam lipatan sejarah kisah pengorbanan, sumbangan dan jasa dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara,

“Semua pegawai dan anggota MALBATT 850-7 yang tiba di Malaysia akan dibuat pemeriksaan kesihatan dan dibawa ke MALBATT Village untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari,” kata Markas Angkatan Bersama dalam kenyataan facebook rasminya.

Pada Selasa lepas, kumpulan pertama MALBATT 850-8 membabitkan 215 pegawai dan anggota diketuai Komander MALBATT 850-8, Kolonel Azuddin Hassan telah berlepas ke Lubnan.

MALBATT 850-8 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL dan ditempatkan di Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin.  Kotinjen ini akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.

Penghantaran kumpulan kedua, ketiga dan keempat MALBATT 850-8 dijadualkan akan berlepas secara berperingkat pada 15, 29 Oktober dan  15 November ini – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!