Home Semasa COVID-19: 317 kes baharu, Malaysia terus catat rekod jangkitan harian tertinggi

COVID-19: 317 kes baharu, Malaysia terus catat rekod jangkitan harian tertinggi

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 3 Okt – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 317 kes baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemuanya merupakan penularan dalam negara yang melibatkan 303 kes dikalangan warganegara dan 14 bukan warganegara.

“Ini menjadikan kes keseluruhan positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 12,088 kes,

“Bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan telah meningkat kepada 1,735 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan di hospital,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 hari ini.

Daripada 317 kes baru tersebut, sebanyak 37 kes adalah berkaitan dengan perjalanan ke Sabah.

“Penularan tertinggi direkodkan di Sabah dengan 155 kes diikuti Kedah (102 kes) dan Selangor (32 kes),

“Sejumlah 121 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 10,216 kes,” ujarnya.

Ini merupakan hari kedua berturut-turut negara merekodkan jangkitan harian tertinggi sejak wabak itu melanda Mac lalu.

Dalam pada itu, satu kes kematian direkodkan manakala seramai 121 pesakit disahkan sembuh.

Seramai 29 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapin (ICU) dengan 4 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!