Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM berkas 9 PATI Indonesia cuba lolos guna lorong tikus

ATM berkas 9 PATI Indonesia cuba lolos guna lorong tikus

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 1 Okt – Hasrat 9 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang ke negara asal secara haram gagal, selepas mereka diberkas dalam Operasi Benteng (Op Benteng) oleh pasukan anggota Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, penahan 7 PATI lelaki dan 2 perempuan itu dilakukan di kawasan Kolam Udang Agriculture, Bandar Penawar, Kota Tinggi, pada jam 11.40 pagi.

Menurutnya, kumpulan yang sedang melaksanakan tugasan meronda telah melihat sekumpulan orang yang mencurigakan sedang berjalan di bahu jalan di kawasan berkenaan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati mereka yang seramai 9 orang terdiri daripada 7 lelaki dan 2 perempuan berusia antara 21 hingga 42 tahun merupakan PATI warga negara Indonesia yang ingin pulang ke Indonesia melalui laluan yang tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Pos Tuan Sheh, Tanjung Sedeli, Johor untuk dibuat pemeriksaan dan saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Bandar Mas sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sedili Kecil,

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 5,556.94 melibatkan wang tunai pelbagai jenis matawang, 2 utas jam tangan serta 8 buah telefon bimbit,” tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!