KUALA LUMPUR, 25 Sept – Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Secara Pentadbiran Secara Bersasar Rumah Pangsa Tongkang Yard di Seberang Perak akan diteruskan sehingga 7 Oktober ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menegaskan langkah tersebut diambil berikutan risiko tinggi penularan wabak COVID-19 di kawasan itu.
“Ini adalah berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 September lalu,
“Seramai 94 orang penduduk di lokasi tersebut telah disaring dan 9 daripadanya telah didapati positif COVID-19 yang melibatkan 5 buah rumah,
“Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan PKPD Secara Bersasar di rumah pangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pelanjutan tempoh tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada KKM melakukan saringan untuk kali kedua.
Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut mengumumkan Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama akan ditutup mulai esok sehingga 9 Oktober.
Selain itu, PKPD di Kota Setar akan ditamatkan pada hari ini. – airtimes.my