Home Semasa Sandiwara Lahad Datu: Tentera hanya serang ayam dan anjing – Ahli Parlimen Warisan

Sandiwara Lahad Datu: Tentera hanya serang ayam dan anjing – Ahli Parlimen Warisan

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 21 Sept – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi menegaskan tragedi pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 adalah satu sandiwara oleh kerajaan pada masa itu.

“Kamu ingat dahulu Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, dia (kerajaan BN) bilang Filipina mahu ambil ambil Sabah,

“Jadi ada peperangan konon di Tanduo datanglah jet (pesawat tentera) pergi Tanduo dibomnya sana kelapa sawit orang, habis hangus kelapa sawit orang, habis rumah orang koyak-mengoyak ditembak,

“Ini kenyataan, habis itu disuruh kereta kebal masuk pergi kampung-kampung, suruh berperang sama ayam. Siapa kawan dia berperang, tidak ada, ayam sama anjing di kampung kawan dia berperang,” katanya ketika ceramah sempena Pilihan Raya Negeri Sabah di Gelanggang Futsal, Kampung Warisan Lahad Datu pada Ahad (20 Sept 2020).

Beliau yang juga calon parti Warisan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) N.61 Segama berkata apabila habis PRU ketika itu tiada pula peperangan berlaku.

Dalam pada itu, Mohamaddin menjelaskan ketika menjadi wakil rakyat Lahad Datu pada tahun 1986 mewakili Parti Bersatu Sabah tiada pula berjumpa dengan lanun yang mahu merampas Sabah semasa membuat lawatan ke kawasan tersebut.

“Kadang-kadang melawat waktu malam dan pagi dari Tungku, tiada pula jumpa orang bawa senjata mahu berperang ataupun dari pihak Filipina yang mahu merampas Sabah,

“Tetapi apabila ketika itu kononnya UMNO akan kalah pada PKR terus ada berperangan di Tanduo, banyak orang mati disebabkan sandiwara itu..sandiwara bohong membunuh orang,

“Jadi berlaku lagi pada pilihanraya dua tahun lalu (PRU ke-14) mereka bilang Filipina mahu ambil Sabah, tetapi rakyat tahu dan tidak ambil peduli dan keluar mengundi,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

5 comments

Pencerobohan Lahad Datu Sandiwara: Mohamaddin hina pasukan keselamatan – Najib Razak – Air Times News Network 21 September 2020 - 8:28 pm

[…] Artikel berkaitan: Sandiwara Lahad Datu: Tentera hanya serang ayam dan anjing – Ahli Parlimen Warisan […]

Reply
Mohamaddin hina pasukan keselamatan – Najib Razak – Air Times News Network 21 September 2020 - 11:40 pm

[…] Artikel berkaitan: Sandiwara Lahad Datu: Tentera hanya serang ayam dan anjing – Ahli Parlimen Warisan […]

Reply
Lebai sidi 22 September 2020 - 12:36 pm

Patriotik x mau buat laporan polis ke atas kenyataan kmohammiddin ketapi ni? Kata bersemangat pembela tanah air..!!. Awat ler punya bangang si MP ni. Jadi wakil rakyat bknnya tiket utk kluarkan statement yg merapu. X kena kt anak beranak dia bolehlah ckp mcm tu. Sendiwara kepala hotak kau..!!!

Reply
Lebai sidi 22 September 2020 - 12:40 pm

Klu mcm tu COVID19 pun sendiwara jugak lah? Bangang punya MP. Mentaliti tahap budak tadika jer. Malulah sikit pengundi sabah ada MP mcm ni. Bodoh sgtlah klu bg undi kt mohamidin ketapi ni. Low class punya org..!!!

Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!