Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kesan tapak kaki gagalkan cubaan masuk PATI Indonesia

Kesan tapak kaki gagalkan cubaan masuk PATI Indonesia

by Nurulhuda

DESARU, 21 Sept – Gara-gara kesan tapak kaki, 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditangkap dalam satu serbuan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) di persisir Pantai Komplek Rakan Muda, Desaru, Johor Bahhru, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 DIV) dalam satu kenyataan berkata, penahan tersebut dibuat di sektor Operasi Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja Malaysia (1 KAD).

“Bertindak atas maklumat dari anggota petugas Pos Kawalan yang mendengar bunyi bot di lokasi Pesisir Pantai Komplek Rakan Muda, Desaru, Kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah diatur gerak sekitar jam 03.40 pagi,

“Hasil penjejakan dari kesan tapak kaki sekitar pesisir menuju ke arah hutan pada jarak 400 meter dari lokasi Pos Kawalan telah berjaya mengesan kedudukan PATI,

“Serbuan dilakukan telah berjaya menangkap 8 PATI yang terdiri daripada 6 Lelaki dan 2 Perempuan warganegara Indonesia yang berusia antara 18 hingga 49 tahun. Kesemua mereka baru tiba dari Indonesia dan sedang bersembunyi di dalam hutan,” kata kenyataan itu.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 7,930.45 melibatkan wang tunai pelbagai jenis matawang serta 10 buah telefon bimbit.

Kesemua PATI telah di bawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan dan saringan COVID-19.

Mereka akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!