Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera berkas 27 PATI, hajat pulang ke Indonesia tak kesampaian

Tentera berkas 27 PATI, hajat pulang ke Indonesia tak kesampaian

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 17 Sept – Hajat 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang ke negara asal mereka tidak kesampaian apabila diberkas dalam Operasi Benteng (Op Benteng) oleh anggota pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD), petang semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dalam kenyataan berkata, PATI yang terdiri daripada 23 lelaki dan 4 wanita berusia sekitar 21 hingga 46 tahun itu ditahan di kawasan hutan berdekatan Kompleks Rakan Muda, Bandar Penawar, Johor.

Kesemua Pendatang Asing Tanpa Izin ditahan di kawasan hutan berdekatan Kompleks Rakan Muda, Bandar Penawar, Johor, petang semalam. Foto: TDM

“Bertindak atas maklumat penduduk tempatan mengenai kehadiran sekumpulan individu yang
dicurigai di sekitar kawasan berkenaan, pasukan telah mengatur gerak Kumpulan Quick Reaction Force (QRF) ke kawasan tersebut sekitar jam 5.20 petang,

“Kumpulan QRF bertindak mengepung kawasan tersebut dan hasil serbuan sekitar jam 6.00 petang
telah membawa kepada penangkapan 27 PATI yang sedang bersembunyi di dalam hutan disyaki sedang merancang untuk menaiki bot balik ke Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 62,583.86 melibatkan wang tunai RM
27,221.00 dan mata wang Indonesia, 43,185,100.00 (RM 12,022.86) serta 54 buah telefon bimbit.

“Kesemua PATI telah di bawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan dan
saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” tambahnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply