Home Semasa COVID-19: Kluster baharu dikesan di Semporna

COVID-19: Kluster baharu dikesan di Semporna

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegsahkan satu lagi kluster baharu pandemik COVID-19 di laporkan di negara ini iaitu Kluster Selamat di Semporna, Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Selamat dikesan selepas kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,969) adalah seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 32 tahun.

“Beliau didapati positif COVID-19 pada 14 September lalu ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang,

“Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), satu lagi kes positif COVID-19 dikesan,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan perkembangan COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes tersebut merupakan seorang pegawai perubatan yang merawat kes indeks.

“Sehingga hari ini, seramai 118 individu sudah disaring dalam kluster ini daripada jumlah itu 2 kes telah dikesan positif COVID-19. Manakala, 116 individu masih menunggu keputusan,

Kes positif mengikut negeri sehingga 17 Setember 2020 jam 12 tengah hari.

Sementara itu, Kluster Benteng Lahad Datu telah mencatatkan pertambahan 2 kes kes dan menjadikan jumlah kes kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 474 kes.

Kluster Sungai di Kedah pula mencatatkan 6 kes baharu.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengumumkan sebanyak 21 kes jangkitan baharu dan 15 kes pulih pada hari ini.

Sehingga hari ini, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 10,052 kes jangkitan COVID-19 dan 9,250 kes sembuh. Angka kematian adalah kekal pada paras 128. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!