Home Semasa Selangor batal pemotongan elaun petugas masjid, surau

Selangor batal pemotongan elaun petugas masjid, surau

by Nurulhuda

SELANGOR, 15 Sept – Kerajaan Negeri Selangor memutuskan akan mengembalikan semula kadar elaun petugas masjid dan surau di seluruh negeri itu kepada kadar sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan berkata, negeri Selangor akan menanggung pelarasan tersebut dengan implikasi kewangan yang dianggarkan berjumlah RM3 juta.

Beliau berkata, keputusan dibuat selepas menerima taklimat Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M Yusop berhubung isu berkenaan.

“Saya difahamkan bahawa elaun tambahan petugas masjid ini yang dibayar bermula tahun 2003 adalah dari hasil kutipan zakat oleh LZS setiap tahun,

“Namun akibat dari kesan pandemik COVID-19, kutipan zakat tahun ini mencatatkan penurunan drastik hampir 20 peratus yang menyebabkan beberapa pelarasan sementara perlu dibuat,

“Ia termasuklah mengambilkira keperluan menyalurkan hasil kutipan zakat ini kepada golongan asnaf yang tambah dihimpit akibat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Amiruddin, berdasarkan taklimat yang diberikan serta mengambil maklum keperluan para petugas masjid dan surau di seluruh Selangor, kerajaan negeri bersetuju menanggung pelarasan tersebut supaya kadar elaun itu sama seperti sebelum ini.

Pada Khamis lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan surat perkeliling yang menyatakan pengurangan bayaran elaun pegawai dan AJK Masjid Negeri Selangor yang telah dikurangkan daripada RM1,4300 kepada RM 880.00 sebulan mulai bulan Mei lepas sehingga akhir tahun ini..-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!