Home Pertahanan dan Keselamatan OP Benteng: 71 PATI, 3 tekong, penyeludup ditahan

OP Benteng: 71 PATI, 3 tekong, penyeludup ditahan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan seramai 71 pendatang asing tanpa izin (PATI), 3 tekong dan seorang penyeludup telah ditahan menerusi Operasi Benteng di seluruh negara, semalam.

Beliau berkata, mereka termasuklah 10 PATI warga Indonesia di Padang Mulud, Bandar Penawar, Johor yang ditahan kerana tiada pengenalan diri yang sah.

“Op Benteng yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) adalah untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

“Selain itu, operasi secara bersepadu ini juga adalah untuk mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng telah dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM yang telah melakukan 57 SJR, ATM (12 SJR) dan AKSEM (10 SJR).

Pada masa yang sama, Ismail Sabri berkata pihak polis juga telah menahan seramai 763 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Tambahnya, daripada jumlah itu, seramai 746 individu telah dikompaun manakala 17 telah direman.- airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!