Home Semasa COVID-19: 31 kes baharu, 3 libatkan kes import dari Indonesia

COVID-19: 31 kes baharu, 3 libatkan kes import dari Indonesia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, sebanyak 31 kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Malaysia sehingga tengah hari ini.

Penambahan bilangan kes terbaharu itu telah menjadikan jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 9,946 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian yang dilaporkan adalah melibat 3 kes import dan 28 kes penularan tempatan.

“Daripada 28 kes penularan di dalam negeri. 19 kes adalah warganegara Malaysia manakala 9 kes adalah bukan warganegara,

“Sabah mencatatkan 23 kes dengan 17 daripadanya adalah dari Kluster Benteng Lahad Datu, di mana 8 kes melibatkan bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain Kluster Benteng Lahad Datu, 6 kes lain adalah melibatkan kes saringan dibeberapa lokasi di Negeri Di Bawah Bayu.

“Antaranya 1 kes masing-masing pada saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai, saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI), kes saringan pra pembedahan, kes saringan rujukan ke Hospital Tawau, kontak rapat bagi kes ke-9,454 dan saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat,” tambahnya.

Beliau juga berkata, 4 kes lagi yang dilaporkan hari ini adalah daripada Kluster Bunga,di Negeri Sembilan dan 1 kes daripada Kluster Sungai di Kedah.

Bagi 3 kes import pula, Dr Noor Hisham berkata kesemuanya adalah dari Indonesia melibatkan 2 kes warga Malaysia di Sabah dan satu kes warga Indonesia di Kuala Lumpur, yang memasuki negara itu pada 31 Ogos lepas.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut mengesahkan sebanyak 7 kes sembuh dan tiada kes kematian dicacatkan hari ini.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!