Home Politik Pejuang tidak bertanding di PRN Sabah – Muhkriz

Pejuang tidak bertanding di PRN Sabah – Muhkriz

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak meletakan calonya untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Pilihan Raya negeri Sabah.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, Pejuang akan memberi sokongan penuh dan berkempen untuk Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sekutu-sekutunya pada PRN kali ini.

Beliau dalam kenyataan menjelaskan, keputusan itu telah ditetapkan oleh Urusetia Penubuhan parti berkenaan.

“Seperti yang telah saya umumkan sebelum ini, Urusetia Penubuhan Parti Pejuang Tanahair memaklumkan bahawa Pejuang tidak meletak calon untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN di dalam PRN Sabah ini,

“Dengan yang demikian, sesiapa yang mengakui dirinya mewakili Pejuang dan menyertai PRN Sabah, tidak langsung berurusan dengan kepimpinan Pejuang, jauh sekali mendapat restu kami sebagai calon Pejuang pada PRN tersebut,

“pejuang menyokong penuh Warisan dan sekutu-sekutunya di dalam PRN ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PRN Sabah menyaksikan 73 kerusi DUN dipertanding dengan 13 kerusi baharu hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 26 September sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-16.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!