Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: APMM tahan bot tunda berlabuh tanpa kebenaran

Op Benteng: APMM tahan bot tunda berlabuh tanpa kebenaran

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 11 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Pulau Pinang menerusi Op Benteng telah menahan sebuah bot tunda berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.8 batu nautika Barat Butterworth 12 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata bot tunda ‘Atosa Dili’ sepanjang 31 meter itu didaftarkan di Mongolia dikendalikan 11 kru termasuk seorang nakhoda.

“6 daripada mereka warga Iran berusia 33 hingga 60 tahun, 4 kru warga Filipina berusia 24 hingga 66 tahun dan seorang warga Indonesia berusia 56 tahun,

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 kerana gagal membayar dius api,” katanya.

Menurut Hamizan, kru dan bot tersebut dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk tindakan lanjut.

“Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!