Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM kesal dakwaan tidak bersikap agresif dalam menjaga perairan negara

TLDM kesal dakwaan tidak bersikap agresif dalam menjaga perairan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kesal dengan satu artikel yang dikeluarkan sebuah berita tempatan yang mendakwa TLDM perlu bersikap agresif dan bukan sekadar menunggu berlaku peperangan, baru mahu bertindak dalam melindungi kedaulatan negara.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, peranan TLDM ketika aman adalah untuk menjaga sumber hasil negara dan perairan negara agar sentiasa terpelihara.

Kenyataan tersebut dibuat bagi merujuk kepada satu artikel yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan bertajuk ‘Guna Sepenuhnya Khidmat TLDM’, semalam.

“Penulis tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau kurang pengetahuan akan peranan TLDM ketika aman mahupun konflik,

“Ketika ini peranan semasa aman sedang dilaksanakan oleh aset TLDM di seluruh perairan negara,

“Kapal sokongan TLDM iaitu Kapal Auksiliari (KA) Bunga Mas Lima masih menjalankan tugasnya sehingga kini namun di dalam misi yang berlainan,” katanya.

Selain itu, TLDM menegaskan asetnya sentiasa diaturgerak demi melindungi kedaulatan negara termasuk mengiringi aset komersil negara dalam melaksanakan tugas.

“Dalam melaksanakan tugas, TLDM akan melindungi bot-bot nelayan tempatan dan mengekang pencerobohan bot nelayan asing daripada memasuki perairan negara termasuk memperketatkan lagi laluan masuk pendatang aing tanpa izin (PATI) menerusi Operasi Benteng (Op Benteng),

“Operasi TLDM adalah 24 jam setiap hari tanpa mengenal erti penat lelah demi memastikan kedaulatan negara, kepentingan ekonomi negara dan kesejahteraan komuniti maritim terpelihara,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!