BANDUNG, 7 Sept – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat CN235-220M ke Indonesia bagi tujuan kerja naik taraf sebagai Maritime Surveillance Aircraft (MSA).
TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, naik taraf ini dilaksanakan mengikut program Maritime Security Initiative (MSI).
“Perlaksanaan program naik taraf pesawat ini bertujuan untuk membolehkan pesawat CN235 ini berkeupayaan melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance & Reconaissance (ISR) bagi menjaga kedaulatan negara,” katanya.
Kerja-kerja naik taraf akan dilaksanakan oleh pihak PT Dirgantara Indonesia (PTDI).
Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara, Bandung pada 2 September lalu. – airtimes.my